sorry ya gan,,,

blog nya lagi dalam masa perbaikan neh,,

maaf atas ketidaknyamanan nya,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

moga2 bisa cpet selesai aja...

doa nya gan,,,,,,,

rss

Wednesday, April 6, 2011

Tahapan Ukhuwah Dalam Islam

share


Program penguatan ikatan ukhuwah Islamiyyah memerlukan proses yang tidak singkat, bertahap dan berkesinambungan. Setidaknya ada empat tahap yang mesti dilalui sebelum terwujudnya ukhuwah Islamiyyah yang benar-benar kuat dan utuh.
1. Tahap Saling Kenal (Ta’aruf).

Dalam ---tahap ini, seorang muslim tidak hanya mengenal begitu aja saudaranya; akan tetapi lebih jauh mencuba mengenali penampilan, sifat-sifat (shaksiyah) dan pemikiran saudaranya. pengenalan dalam tahap ini mencakupi aspek jasadiy (fizikal), fikriy (pemikiran) dan nafsiy (kejiwaan).



2. Tahap Saling Memahami (Tafahum).
Ini merupakan tahap yang penting, kerana mencakupi berbagai proses penyatuan. Seperti juga dalam fasa pertama, ruang lingkup proses tafahum ini lebih kurang sama. Perbezaannya terletak pada intensiti pengenalan. Pada tahap ini, setiap muslim dituntut untuk memahami kebiasaan, kesukaan, karakter, ciri khas individu dan juga cara berfikir saudaranya. Dengan demikian perasaan-perasaan seperti “tidak enak”, “tidak cocok” dan lain sebagainya dapat dihakiskan dalam rangka saling menasihati. Dalam tahapan ini terdapat tiga buah proses perpaduan, yang meliputi:

2.1. Perpaduan hati (Ta’liful Qulb).

Penyatuan hati merupakan asas awal yang mesti ada dalam proses pembentukan ukhuwah, sebab hati (qalbu) merupakan sumber gerak dan sikap seseorang dalam menilai, memilih, memilah, mencinta dan membenci orang lain. Bila hati telah terpaut dan jiwa telah terpadu, barulah persaudaraan seseorang dengan yang lainnya mampu berjalan lancar, bersih dan penuh rasa kasih. Hati manusia hanya boleh disatukan secara murni dan bersih apabila bermuara pada satu simpul ikatan yang fitrah. Simpul tali itu adalah aqidah (seperti yang telah dibahas Abu Zahra). Inilah satu-satunya dasar berpijak, bertemu dan pengikat yang utuh dan abadi (Ali Imran:103).

2.2. Perpaduan Pemikiran (Ta’liful Afkar).

Dalam proses ini, orang-orang yang sudah sehati sepatutnya berhimpun bersama untuk mempelajari suatu sumber yang sama sehingga menghasilkan suatu fikrah (cara berfikir) yang serupa. Dan yang jauh lebih penting adalah bila terjadi perbezaan cara pandang, maka dengan starting point cara berfikir yang sama akan dapat diselesaikan dengan segera, sehingga dapat meningkatkan keberkesanan kerja.

Ikatan ukhuwah Islamiyyah adalah ikatan yang aktif dan dinamik dalam menegakkan kalimat ALlah. Untuk itu diperlukan tidak hanya sekadar hati yang ikhlas tetapi juga gagasan, pemikiran, konsep dan idealisme yang cemerlang. Meskipun sekelompok individu telah saling mengikatkan diri, sehati dan sejiwa; namun kerana terdapat perbezaan orientasi dan wawasan pemikiran, maka strategi dan taktik pun menjadi tidak teratur. Akhirnya kerja berakhir pada kegagalan dan kekalahan. Oleh kerana itulah tahap “penyatuan pemikiran” ini mutlak adanya.

2.3. Perpaduan Kerja (Ta’liful ‘Amal)
Individu-individu yang telah berhimpun di atas persamaan tujuan dan pemikiran ini, tidak boleh hanya berdiam diri saja atau bekerja sendiri-sendiri (single fighter). Adalah merupakan sunatuLlah bahwa segala yang diam di tempat, cenderung menjadi penyakit. Air yang bertakung boleh menjadi sumber penyakit, demikian pula dengan kumpulan individu yang bersemangat tinggi dan memiliki setumpuk gagasan cemerlang, akan menjadi “penyakit” bila tidak ada langkah kerjanya. Oleh kerana itu sangat perlu adanya kerja nyata dalam berbagai bidang dan keahlian. Agar kerja itu efektif, maka harus terakit dalam suatu kerja yang terarah.

3. Tahap Saling Tolong (Ta’awun).

Dalam proses penyatuan kerja, mutlak diperlukan adanya tolong-menolong yang merupakan kelanjutan dari tahap tafahum (saling memahami) pada point 2 di atas. Saling kenal saja, tanpa dilanjutkan dengan saling memahami, tidak akan mampu membentuk
hubungan antara individu yang mampu tolong menolong, saling isi-mengisi dengan kekurang dan kelebihan yang terdapat pada tiap individu.

4. Rasa Senasib, jamin menjamin (Takaful).
Tahap ini merupakan muara dari proses ukhuwah Islamiyyah, yaitu terletak pada timbulnya rasa senasib dan sepenanggungan, suka mahupun duka, dalam tiap langkah kerja. Bila fasa takaful ini wujud, maka ikatan ukhuwah Islamiyyah pun terbentuk dengan
utuh.

0 comments:


Post a Comment

 

Mau SMS Gratis.......???